JIM Maintenance on October 16, 2009

16 Oct 2009

JIM Maintenance

Our valued customers,

KOMMS would like to inform you that data center in Jabatan Insolvensi Malaysia is under maintenance work.
We apologize for any inconvenience caused.
For further enquiries and assistance, email us at helpdesk@komms.com.my

16 Oct 2009

Penyelengaraan oleh JIM

Pelanggan yang dihargai,

KOMMS ingin memaklumkan bahawa pihak JIM membuat penyelenggaraan.
Segala kesulitan amat dikesali.
Sebarang pertanyaan sila emel kepada helpdesk@komms.com.my

Emel/Email:

YBhg. Dato. /Tuan/Puan,

MAKLUMAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN PUSAT DATA DI BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG(BHEUU) PUTRAJAYA

Saya dengan hormatnya diarah merujuk perkara tersebut di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Seksyen Teknologi Maklumat, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan Pusat Data pada ketentuan berikut:

Tarikh Mula : 16 Oktober 2009 (Jumaat)
Masa Mula : 5.00 petang - selesai
Tarikh Tamat : 18 Oktober 2009 (Ahad)
Masa Tamat : 6.00 pagi
Tempat : Pusat Data, Aras 5 BHEUU

3. Oleh yang demikian, perkhidmatan Sistem E-mel BHEUU, Sistem Pengurusan Kes Jabatan Insolvensi Malaysia (CMS JIM), Sistem Pengurusan Kes Biro Bantuan Guaman - lama (CMS BBG - lama) dan Sistem E-Insolvensi akan terganggu dan tidak boleh diakses dalam tempoh aktiviti ini dilaksanakan. Cawangan-cawangan JIM dan BBG diminta supaya tidak melakukan sebarang capaian terhadap sistem dan tidak melakukan kerja lebih masa bermula pada jam 5.00 petang JUMAAT (16 OKTOBER 2009) Perkhidmatan sistem-sistem tersebut boleh diakses semula pada hari Ahad (18 OKTOBER 2009) selepas 6.00 pagi.

4. Pihak Service Provider dan Gateway Provider pula dimohon supaya tidak membuat sebarang capaian terhadap sistem bermula 5.00 petang JUMAAT (16 OKTOBER 2009) sehingga dimaklumkan berikutan pelaksanaan aktiviti penyelenggaraan ini.

5. Jika berlaku sebarang kesulitan di pihak YBhg. Dato’/tuan/puan sila hubungi talian Helpdesk BHEUU di talian 03-88851193 atau 03-88851128. Pihak kami memohon maaf di atas kesulitan yang tidak dapat dielakkan. Kerjasama dari pihak YBhg. Dato’/tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

*PERINGATAN: Mohon semua pihak Ketua Cawangan memaklumkan perkara ini kepada semua anak buah. Harap maklum.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Dayana Razali
Pegawai Teknologi Maklumat
Seksyen Teknologi Maklumat
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
Jabatan Perdana Menteri
No Tel: 03 8885 1166
No Faks: 03 8885 1192
Copyright 2010 © Konsortium Multimedia Swasta Sdn Bhd   Version 2.2